Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah.
Hawa…..
> Andai engkau belum menikah,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan digampangkan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusul dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu birahi yang menguasai diri.
Hawa…..
> Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang watak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, kepribadiannya, dan yang lebih penting pegangan agamanya.
> Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang bijak juga tidak mau bermain cinta kerana dia tahu apa mamfaatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan….
> Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-adikmu serta keluarga yang membahagiakanmu…..Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintilah ibu bapamu kerana kau akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan menjumpai cinta yang lebih bahagia selain dari cinta keluarga……
> JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI….
Wallahua’lam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar