Sabtu, 29 Januari 2011

kEnApA MaSiH BeLuM BeRuMaHtAnGgA?

"kEnApA MaSiH BeLuM BeRuMaHtAnGgA?"
Mungkin anda pernah diajukan persoalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawaban yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawaban yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, berati Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada siapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Tuhan. Apabila Tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendak-Nya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Tuhan Maha Mengetahui. Apabila Tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhluk-Nya, bermakna Tuhan sedang melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika ada persoalan oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawaban yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar